Piagam Pelanggan

Dalam merealisasikan visi dan misi Universiti Sultan Zainal Abidin, maka kami warga Pejabat Penasihat Undang- Undang (PPUU) dengan penuh tekad dan iltizam untuk memenuhi hak-hak pelanggan, berjanji akan:

1.  Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh cekap dan berdedikasi
2.  Memberikan khidmat sebaik mungkin dalam memastikan hak kepentingan staf dan pelajar universiti sentiasa terpelihara
3. Menggubal dan menyemak dokumen perundangan seperti perjanjian penswastaan, dokumen kontrak, surat cara perundangan dan memorandum persefahaman dalam tempoh masa empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.