Perkhidmatan yang Disediakan

        Secara umumnya, Penasihat Undang-Undang Universiti akan melaksanakan semua tugas yang diberikan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] (AUKU), Perlembagaan UniSZA, dan perundangan subsidiari Universiti yang lain seperti Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan. Skop tugas dan perkhidmatan Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti adalah merangkumi tiga aspek utama iaitu penasihatan, gubalan dan guaman dimana ketiga-tiga aspek ini merupakan core-business bagi Penasihat Undang-Undang Universiti seperti yang dinyatakan di bawah:

  PENASIHATAN

1. Menasihati Universiti dalam semua hal-hal perundangan berkaitan dengan governan, polisi dan pentadbiran am, pembangunan, pekerja, hal ehwal pelajar, hal ehwal kampus dan hal ehwal akademik.

2. Menasihati Universiti tentang apa-apa Statut, perundangan subsidiari atau keputusan kehakiman yang relevan dan memerlukan pengubahsuaian berlandaskan amalan dan prosedur Universiti.

3. Menasihati Universiti tentang apa-apa perintah, kaedah, peraturan, panduan atau pekeliling yang boleh diterimapakai melalui kelulusan LPU dan memerlukan pengubahsuaian.

  GUBALAN

1. Menyedia, mendraf, menyemak dan menasihati terma-terma dan syarat-syarat Memorandum Persefahaman serta Perjanjian Universiti.

2. Membuat rundingan berkaitan terma dan syarat Memorandum Persefahaman dan Perjanjian dengan pihak-pihak antarabangsa, agensi-agensi kerajaan, Universiti tempatan dan luar negara dan sektor industri bagi melindungi kepentingan Universiti.

3. Memastikan pengurusan kontrak dan projek dilaksanakan mengikut peruntukan di dalam kontrak, peraturan dan garis panduan dan pekeliling kerajaan.

  GUAMAN

1. Membantu dan melapor kepada Universiti kes-kes mahkamah yang melibatkan Universiti, pekerja serta pelajarnya.

2. Menyemak, menyelia dan membantu panel peguam yang mewakili Universiti.

3. Membuat rundingan dengan pihak bertentangan bagi penyelesaian di luar mahkamah.