• Berita
  • BENGKEL DAN BENCHMARKING VISIT KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

BENGKEL DAN BENCHMARKING VISIT KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

IMG 4888 1000 Bengkel dan benchmarking visit ke Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang merupakan program pertama yang diadakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak bagi sesi 2016.

Program ini berlangsung selama satu (1) hari sahaja iaitu pada 17 Mei 2016 bersamaan hari Selasa pada jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang, bertempat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Program ini melibatkan wakil-wakil Pejabat Penasihat Undang-Undang daripada UniSZA dan USM.

Objektif program ini direncanakan adalah seperti berikut:

a) Melihat sistem pentadbiran dan pengurusan pejabat yang digunapakai oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang USM disamping berkongsi ilmu dan kepakaran
b) Mempelajari tentang perincian semakan dokumen perjanjian/ kontrak Universiti/ MOU etc
c) Mempelajari cara pengendalian kes tatatertib staf dan pelajar
d) Mendalami lain-lain isu perundangan yang berkaitan dengan Universiti
e) Mempelajari proses tuntutan gantirugi bagi kes perlanggaran/ pecahan kontrak, dan
f) Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama wakil Pejabat Penasihat Undang-Undang

        Di akhir program lawatan ini, Pegawai Undang-Undang UniSZA, Cik Ahlaam Yusof (L44) dan Salwani Mahasan (L41) telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada wakil daripada USM, Penasihat Undang-Undang, Dr. Khairul Anuar Che Azmi dan Pegawai Undang-Undang, Encik Mohd Izwan Hamdan dan berharap agar lawatan ini sedikit sebanyak dapat membawa perubahan yang jauh lebih baik kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang, UniSZA disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama wakil Universiti.