• Berita
  • TAKLIMAT DAN PROGRAM BERSAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)

TAKLIMAT DAN PROGRAM BERSAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)

IMG 8880 1000 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sekali lagi telah bekerjasama dengan pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Negeri Terengganu bagi menganjurkan Taklimat dan Program Saringan Ujian Air Kencing kepada kakitangan sasaran di UniSZA.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengesan dan membanteras penyalahgunaan dadah, memastikan tiada warga Universiti yang terlibat dengan gejala negatif serta menjadikan UniSZA sebagai Kampus Bebas Dadah.

Di antara Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terlibat ialah Pejabat Penasihat Undang-Undang, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Kerjaya, Pejabat Pendaftar dan Jabatan Keselamatan.

Seramai 65 orang kakitangan telah menjalani saringan ujian air kencing ini dimana ianya melibatkan kumpulan sasaran di semua PTj. Program ini telah diadakan pada 26 Disember 2017 bersamaan pada hari Isnin di Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak. Program ini berjaya dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak. Turut hadir adalah seramai 7 orang staf dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Negeri Terengganu.

Program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan kumpulan sasaran pilihan yang lain bagi memastikan warga UniSZA bebas sepenuhnya dari gejala dadah yang boleh merosak dan memusnahkan ini.