• Berita
  • PROGRAM TALK ON COMPANIES ACT 2016

PROGRAM TALK ON COMPANIES ACT 2016

2017 05 22 PHOTO 00006092 1000 Pada 22 Mei 2017, Pejabat Penasihat Undang-Undang, UniSZA telah menganjurkan satu program yang bertajuk Talk on Companies Act 2016. Program ini diadakan selama dua (2) jam yang bertempat di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran, UniSZA.

Para peserta yang disasarkan adalah 50 orang warga UniSZA yang kebiasaannya mengendalikan kontrak dengan mana-mana syarikat bagi Pusat Tanggungjawab (PTj) mereka. Bagi memastikan ketepatan maklumat yang disampaikan, pakar dalam bidang ini dari firma J. Lee & Associates telah dijemput untuk menyampaikan ceramah beliau. Beliau adalah Encik Mohamad Johan Lee Bin Abdullah.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi maklumat tentang ‘Companies Act 2016’ yang menggantikan ‘Companies Act 1965’ dan pendedahan maklumat penting bagi Pusat Tanggungjawab (PTj) yang mengikat kontrak dengan mana-mana syarikat di Malaysia. Selain itu, para peserta dan urusetia juga berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat, pandangan, nasihat dan idea dengan penceramah pakar yang dijemput.

Objektif program ini adalah seperti berikut:

  • Memberi maklumat tentang ‘Companies Act 2016’ yang menggantikan ‘Companies Act 1965’
  • Pendedahan maklumat penting bagi Pusat Tanggungjawab (PTj) yang mengikat kontrak dengan mana-mana syarikat di Malaysia

Di akhir program ini, Pegawai Undang-Undang Unisza, Puan Salwani bt Mahasan telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada Encik Mohamad Johan Lee sebagai penceramah pada program kali ini dan berharap agar program seumpama ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan ilmu yang berguna kepada semua.