
MAJLIS SANJUNGAN BUDI AHLI LEMBAGA PENGARAH UniSZA - PROF. DATO' DR. MOHAMAD BIN ABU BAKAR
Majlis Sanjungan Budi Ahli Lembaga Pengarah UniSZA telah diadakan pada Khamis, 21 April 2022 bertempat di Bangi Resort Hotel. Majlis ini diadakan bagi meraikan YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abu Bakar yang telah tamat perkhidmatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UniSZA pada 31 Mac 2022. Majlis ini turut dihadiri oleh Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Dato' Dr. Mohamad Yusof bin Hj Mohamed Nor, Pengerusi dan ahli LPU serta ahli pengurusan tertinggi UniSZA. Seluruh warga UniSZA mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato' atas sumbangan sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan mendoakan agar beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.