Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Penasihat Undang-Undang , Universiti Sultan Zainal Abidin
 

Pertanyaan?

09-668 8087
 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Perkhidmatan

Penasihatan

1. Menasihati Universiti dalam semua hal-hal perundangan berkaitan dengan governan, polisi dan pentadbiran am, pembangunan, pekerja, hal ehwal pelajar, hal ehwal kampus dan hal ehwal akademik.

2. Menasihati Universiti tentang apa-apa Statut, perundangan subsidiari atau keputusan kehakiman yang relevan dan memerlukan pengubahsuaian berlandaskan amalan dan prosedur Universiti.

3. Menasihati Universiti tentang apa-apa perintah, kaedah, peraturan, panduan atau pekeliling yang boleh diterimapakai melalui kelulusan LPU dan memerlukan pengubahsuaian.

Penggubalan

1. Menyedia, mendraf, menyemak dan menasihati terma-terma dan syarat-syarat Memorandum Persefahaman serta Perjanjian Universiti.

2. Membuat rundingan berkaitan terma dan syarat Memorandum Persefahaman dan Perjanjian dengan pihak-pihak antarabangsa, agensi-agensi kerajaan, Universiti tempatan dan luar negara dan sektor industri bagi melindungi kepentingan Universiti.

3. Memastikan pengurusan kontrak dan projek dilaksanakan mengikut peruntukan di dalam kontrak, peraturan dan garis panduan dan pekeliling kerajaan.

Pesuruhjaya Sumpah

1. Mengesahkan identiti, maklumat peribadi seperti yang tertera dalam kad pengenalan atau pasport atau dokumen pengenalan rasmi, dan alamat orang yang membuat akuan  ,ikrar , afidavit, sumpah atau pernyataan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah itu.

2. Membacakan dan menerangkan kandungan dokumen dan ekshibit yang dilampirkan bersama dokumen itu, sekiranya deponen atau pembuat dokumen itu buta, buta huruf atau tidak memahami bahasa yang ditulis dalam dokumen itu, sebelum Pesuruhjaya Sumpah memperakui bahawa dia telah berbuat sedemikian di dalam jurat.

3. Menandatangi ringkas, mengecapkan cop meterai kecil dan memastikan deponen juga menandatangi ringkas apa-apa perubahan yang dibuat dalam dokumen yang hendak diberi sumpah atau diikarkan.

Hubungi Kami

Pejabat Penasihat Undang-Undang
(Legal Advisor's Office)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8087
  09-668 7881
  ppuu@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami