Pelancaran Buku Siri Perundangan UniSZA
KUALA NERUS, 5 November 2025 –
Majlis Pelancaran Buku-Buku Siri Perundangan UniSZA telah diaempurnakan oleh YBhg. Dato' Naib Canselor UniSZA di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA yang ke-17.
Melalui Buku Siri Perundangan tersebut, 2 dokumen perundangan utama universiti telah diterbitkan oleh Pejabat PUU UniSZA dalam dwibahasa iaitu Perlembagaan Universiti Sultan Zainal Abidin (Constitution of Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Statut-Statut Universiti Sultan Zainal Abidin 2024 (Statutes of Universiti Sultan Zainal Abidin 2024).
Naskhah-naskhah buku tersebut telah diserahkan oleh YBrs. Encik Mohd Fuad bin Husaini, Penasihat Undang-Undang UniSZA kepada YBhg. Dato’ Prof Naib Canselor UniSZA. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Pendaftar UniSZA, Pengarah CCORM serta semua warga pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA.
Penerbitan Buku Siri Perundangan ini merupakan satu inisiatif penting di bawah Pelan Strategik UniSZA (PSU), khususnya di bawah Strategi Pelaksanaan 5 (SP5) berkaitan Governan dan Integriti. Melalui penerbitan dokumen perundangan utama universiti ini dalam bentuk buku yang mudah dibaca serta dalam dwibahasa akan dapat memastikan seluruh warga universiti dan pihak berkepentingan memahami rangka tatakelola, tadbir urus dan perundangan yang mengawalselia universiti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |








