Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat UniSZA 2025
SAMBUTAN HARI INTEGRITI NATIONAL PERINGKAT UNISZA 2025
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Unit Integriti, Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) telah menganjurkan Sambutan Hari Integriti Nasional 2025 Peringkat UniSZA pada 24 November 2025 bertempat di Dewan Perdana, Kampus Gong Badak. Program ini turut mendapat sokongan strategik daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Bacaan Ikrar Integriti dan Ikrar Rukun Negara dalam majlis ini dipimpin oleh YBrs. Encik Mohd Fuad bin Husaini, Penasihat Undang-Undang UniSZA.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din, Pendaftar UniSZA yang mewakili YBhg. Profesor Dato’ Naib Canselor UniSZA. Turut menyerikan sambutan ialah kehadiran YM Datuk Dr. Tengku Naufal bin Tengku Mansor selaku penceramah jemputan utama.
Program bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dan menghimpunkan seramai 450 peserta yang terdiri daripada warga UniSZA dan HoSZA merangkumi Pengurusan Tertinggi UniSZA, Ketua-Ketua Jabatan, serta para pelajar termasuk pelajar Asasi dan KOR SUAR. Turut hadir sebagai jemputan luar ialah Unit Integriti Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Sambutan tahun ini menekankan usaha memperkukuhkan amalan integriti dalam kalangan warga universiti melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik. Program ini turut memberi penekanan terhadap pembudayaan nilai-nilai murni serta pengukuhan tadbir urus yang baik selaras dengan agenda nasional.
Menurut penganjur, penganjuran Hari Integriti Nasional peringkat UniSZA berperanan sebagai medium penting untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan integriti sebagai teras kecemerlangan organisasi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


















