• Berita
  • LAWATAN PENANDA ARAS DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) DAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

LAWATAN PENANDA ARAS DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) DAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

IMG 0500 1200 Lawatan Penanda Aras ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai merupakan program lawatan kedua yang diadakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak bagi sesi 2016-2017.

Program ini berlangsung selama satu hari iaitu pada 14 September 2017 bersamaan hari Khamis pada jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang, bertempat di UKM dan USIM. Program ini melibatkan wakil-wakil Pejabat Penasihat Undang-Undang daripada UKM, USIM dan UniSZA.

Antara aturcara yang berlangsung pada hari program dijalankan ialah:

 8:45 pagi Ketibaan delegasi UniSZA ke UKM
 9:00 pagi Makan pagi
9:30 pagi Sesi perbincangan dan perkongsian pendapat bersama wakil-wakil UKM
11:30 pagi Sesi penyampaian cenderahati kepada wakil UKM dan diteruskan dengan lawatan ke Muzium UKM
12:30 tengahari Menuju ke USIM
1:00 tengahari Ketibaan delegasi UniSZA ke USIM
1:15 petang Makan tengahari dan solat
2:30 petang Sesi perbincangan dan perkongsian pendapat bersama wakil-wakil USIM
4:30 petang Sesi penyampaian cenderahati kepada wakil USIM
5:00 petang Bersurai

Objektif program ini direncanakan adalah seperti berikut:

  1. Melihat sistem pentadbiran dan pengurusan pejabat yang digunapakai;
  2. Mempelajari tentang perincian semakan dokumen perjanjian/ kontrak Universiti/ MOU;
  3. Mempelajari cara pengendalian kes tatatertib staf dan pelajar;
  4. Mendalami lain-lain isu perundangan yang berkaitan dengan Universiti; dan
  5. Mempelajari proses tuntutan gantirugi bagi kes perlanggaran/ pecahan kontrak.

Di akhir program lawatan ini, Pegawai Undang-Undang Kanan Unisza, Cik Ahlaam Yusof dan Pegawai Undang-Undang UniSZA, Salwani Mahasan telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada wakil daripada UKM iaitu Pegawai Undang-Undang, Puan Muniroh Abdul Razak dan wakil daripada USIM iaitu Penasihat Undang-Undang, Puan Yuhani Jamiran dan berharap agar lawatan ini sedikit sebanyak dapat membawa perubahan yang jauh lebih baik kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang, UniSZA disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama wakil Universiti.