
BENGKEL GOVERNAN HOSPITAL PENGAJAR UniSZA (HPUniSZA) 2022
Pusat Pembangunan Hospital Universiti (PPHU) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Bengkel Governan HPUniSZA pada 15 hingga 17 Mac 2022 (Selasa - Khamis) bertempat di Duyong Marina & Resort, Terengganu. Bengkel ini bertujuan untuk membincang, merangka dan memuktamadkan struktur tadbir urus pengurusan HPUniSZA.