
Sesi Perbincangan Perihal Tanah Kampus Perubatan & Permohonan Pengurangan Kadar Bayaran Cukai Tanah
Sesi Perbincangan Perihal Tanah Kampus Perubatan & Permohonan Pengurangan Kadar Bayaran Cukai Tanah bersama Pengarah Tanah dan Galian (YBhg. Dato' Nara Setia, Dato' Zulkfili bin Ali) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian pada 5 Julai 2023 jam 9.30 pagi.
Perjumpaan ini dihadiri daripada pihak UniSZA iaitu Encik Mohd Fuad bin Husaini, Encik Muzafar bin Mohd Din, Ir. Mohd Hassan bin Ahmad, Encik Mohd Husnizan bin Mohd Nor, Encik Zaafindi bin Zawawi, Puan Mazliyana binti Malek @ Maaroff, Puan Wan Mazrina binti Wan Mansor dan Cik Nurul Hasyimah binti Ali. Dua (2) orang dari pegawai dari PTG iaitu YM Tuan Sharifah Khairuzita binti Tuan Kechil dan Puan Fadasyafika Binti Dahalan.