
ANUGERAH KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI UNDANG-UNDANG L48
LAWATAN PENANDA ARAS DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) DAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
Lawatan Penanda Aras ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai merupakan program lawatan kedua yang diadakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak bagi sesi 2016-2017.
Program ini berlangsung selama satu hari iaitu pada 14 September 2017 bersamaan hari Khamis pada jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang, bertempat di UKM dan USIM. Program ini melibatkan wakil-wakil Pejabat Penasihat Undang-Undang daripada UKM, USIM dan UniSZA.