Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Penasihat Undang-Undang , Universiti Sultan Zainal Abidin
 

Pertanyaan?

09-668 8087
 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Soalan Lazim

SEKSYEN GUBALAN UNDANG-UNDANG DAN DASAR

Apakah perbezaan antara Seksyen Gubalan Undang-undang dengan Seksyen Gubalan Undang-undang Korporat?

Seksyen Gubalan Undang-undang bertanggungjawab terhadap hal ehwal semakan dan penggubalan dokumen undang-undang atau legislatif UniSZA seperti perlembagaan, statut, kaedah, peraturan, garis panduan, dasar atau polisi manakala Seksyen Gubalan Undang-undang Korporat bertanggungjawab terhadap hal ehwal semakan dan penggubalan dokumen perundangan UniSZA yang berkaitan MoU / MoA, kontrak bekalan, perkhidmatan dan sebagainya.

 

SEKSYEN TATATERTIB

Bagaimanakah saya ingin membuat aduan tatatertib?

Aduan berkaitan salah laku dan tatatertib yang telah dibuat oleh staf hendaklah dimajukan kepada Unit Integriti manakala aduan salah laku atau tatatertib berkaitan pelajar hendaklah dimajukan kepada Seksyen Etika dan Tatatertib, Pejabat Penasihat Undang-undang.

 

SEKSYEN LITERASI UNDANG-UNDANG DAN ICT

Bolehkah staf memuat turun dokumen-dokumen yang terdapat dalam laman web Pejabat Penasihat Undang-undang?

Ya kerana dokumen-dokumen yang dimuat naik tersebut adalah dokumen-dokumen awam yang tidak diberi pengkelasan maklumat terperingkat.

Hubungi Kami

Pejabat Penasihat Undang-Undang
(Legal Advisor's Office)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

 📞 09-668 8087
 📠 09-668 7881
 📩 puu@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami