Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Penasihat Undang-Undang , Universiti Sultan Zainal Abidin
 

Pertanyaan?

09-668 8087
 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Latar Belakang

Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ditubuhkan ekoran daripada kepentingannya yang diperlukan untuk mengendalikan semua urusan berkaitan perundangan Universiti. Satu kertas kerja yang mengandungi tentang kepentingan Pejabat Penasihat Undang-Undang di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan objektifnya bagi membantu memelihara kepentingan Universiti telah diketemukan.

        Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mula beroperasi pada 3 Jun 2013. Pejabat Penasihat Undang-Undang diletakkan di bawah seliaan Naib Canselor, sama seperti Pejabat Pendaftar, Pejabat Bendahari dan Pejabat Ketua Pustakawan. Pejabat Penasihat Undang-Undang berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas Penasihatan, Gubalan dan Guaman.

Antara kakitangan yang mendiami Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) adalah seperti di bawah:

  1. Penasihat Undang-Undang Gred VK7, Dato’ Prof. Dr. Hussin @ Mohamad bin Ab Rahman (April 2013 - Februari 2014)
  2. Penasihat Undang-Undang Gred VK7, Prof Dr. Zuhairah Ariff binti Abd. Ghadas (April 2014 - Disember 2019)
  3. Penasihat Undang-Undang Gred DS52, Dr. Mohd Badrol bin Awang (Ogos 2020 - Julai 2021)
  4. Penasihat Undang-Undang Gred DS52, Encik Mohd Fuad bin Husaini (Mac 2022 - Sekarang)
  5. Pegawai Undang-Undang Kanan Gred L44, Ahlaam binti Yusof (Oktober 2013 - Januari 2018)  |  Kenaikan Pangkat Pegawai Undang-Undang Gred L48 (Februari 2018 - Sekarang)
  6. Pegawai Undang-Undang Gred L44, Salwani binti Mahasan (Jun 2013 - Sekarang)
  7. Pegawai Undang-Undang Gred L41, Nur Hidayah binti Mahari (2022 - Sekarang)
  8. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, Siti Zaleha bin Sedik (Januari 2019 - Sekarang)
  9. Pembantu Tadbir Gred N19, Zatul Itri binti Alias (Mac 2020 - Sekarang)
  10. Pembantu Tadbir Gred N19, Syazatul Adawiyah binti Mohd Jani (Feb 2024 - Sekarang)
  11. Pembantu Operasi Gred N11, Ahmad Saufi bin Ismail (Jun 2015 - Sekarang)

    Pejabat Penasihat Undang-Undang diketuai oleh Penasihat Undang-Undang. Beliau akan dilantik oleh Lembaga Pengurusan Universiti mengikut nasihat Jawatankuasa Pemilih. Beliau akan dibantu oleh tiga orang Pegawai Undang-Undang Kanan Gred L48, Pegawai Undang-Undang Gred L44 dan Pegawai Undang-Undang Gred L41. Selain itu, jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, Pembantu Tadbir Gred N19 dan Pembantu Operasi Gred N11 menjadi penyokong kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang dalam melaksanakan fungsi dan tugasnya.

Hubungi Kami

Pejabat Penasihat Undang-Undang
(Legal Advisor's Office)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

 📞 09-668 8087
 📠 09-668 7881
 📩 puu@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami