Ucapan Aluan
Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh dan Salam Sejahtera.
Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA berperanan untuk mengendalikan semua urusan berkaitan perundangan di samping menjadi sumber rujukan untuk memastikan hak kepentingan Universiti sentiasa terpelihara. Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti dan berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi menegakkan keadilan untuk semua. Dalam memenuhi objektif di atas, Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA akan sentiasa mengemaskini dan menambah maklumat dan perkhidmatan atas talian kami bagi memastikan setiap maklumat yang dipaparkan adalah up-to-date. Sehubungan dengan itu, pandangan, cadangan serta teguran semua pihak amatlah dialu-alukan demi kebaikan kita bersama. Sekian, terima kasih.
Salam hormat, ‘ILMU DEMI FAEDAH INSAN’ ENCIK MOHD FUAD BIN HUSAINI PENASIHAT UNDANG-UNDANG UniSZA
|

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada para pengunjung yang sudi melayari laman sesawang Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA. Harapan saya dengan adanya laman sesawang ini akan dapat memberikan segala maklumat yang dikehendaki terutamanya mengenai perkhidmatan perundangan yang disediakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA di samping menjadi sumber maklumat hal-ehwal perundangan.