Unit Tatatertib dan Guaman di bawah Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal berkaitan prosiding tatatertib melibatkan staf dan pelajar, serta pengendalian kes-kes guaman yang melibatkan pihak ketiga dan universiti.
Unit ini memastikan setiap prosiding tatatertib dijalankan mengikut prosedur dan peruntukan yang ditetapkan di bawah undang-undang dan akta-akta berkaitan. Di samping itu, unit ini turut menjalinkan kerjasama rapat dengan peguam panel UniSZA dalam mengurus dan menyelaras semua kes yang dibawa ke mahkamah bagi pihak universiti.
Ahad - Rabu
8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 4.45 petang
Khamis
8.00 pagi - 1.00 Petang
2.00 petang - 4.30 petang
Tutup pada hari Jumaat, Sabtu & Cuti Umum