Pesuruhjaya Sumpah
1. Mengesahkan identiti, maklumat peribadi seperti yang tertera dalam kad pengenalan atau pasport atau dokumen pengenalan rasmi, dan alamat orang yang membuat akuan ,ikrar , afidavit, sumpah atau pernyataan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah itu.
2. Membacakan dan menerangkan kandungan dokumen dan ekshibit yang dilampirkan bersama dokumen itu, sekiranya deponen atau pembuat dokumen itu buta, buta huruf atau tidak memahami bahasa yang ditulis dalam dokumen itu, sebelum Pesuruhjaya Sumpah memperakui bahawa dia telah berbuat sedemikian di dalam jurat.
3. Menandatangi ringkas, mengecapkan cop meterai kecil dan memastikan deponen juga menandatangi ringkas apa-apa perubahan yang dibuat dalam dokumen yang hendak diberi sumpah atau diikrarkan.