
TAKLIMAT DAN PROGRAM BERSAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sekali lagi telah bekerjasama dengan pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Negeri Terengganu bagi menganjurkan Taklimat dan Program Saringan Ujian Air Kencing kepada kakitangan sasaran di UniSZA.
Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengesan dan membanteras penyalahgunaan dadah, memastikan tiada warga Universiti yang terlibat dengan gejala negatif serta menjadikan UniSZA sebagai Kampus Bebas Dadah.
Di antara Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terlibat ialah Pejabat Penasihat Undang-Undang, Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Kerjaya, Pejabat Pendaftar dan Jabatan Keselamatan.
BENGKEL DAN BENCHMARKING VISIT KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Bengkel dan benchmarking visit ke Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang merupakan program pertama yang diadakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak bagi sesi 2016.
Program ini berlangsung selama satu (1) hari sahaja iaitu pada 17 Mei 2016 bersamaan hari Selasa pada jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang, bertempat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Program ini melibatkan wakil-wakil Pejabat Penasihat Undang-Undang daripada UniSZA dan USM.