Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Penasihat Undang-Undang , Universiti Sultan Zainal Abidin
 

Pertanyaan?

09-668 8087
 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Ucapan Aluan

bismillah

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada para pengunjung yang sudi melayari laman sesawang Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA. Harapan saya dengan adanya laman sesawang ini akan dapat memberikan segala maklumat yang dikehendaki terutamanya mengenai perkhidmatan perundangan yang disediakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA di samping menjadi sumber maklumat hal-ehwal perundangan.

Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA berperanan untuk mengendalikan semua urusan berkaitan perundangan di samping menjadi sumber rujukan untuk memastikan hak kepentingan Universiti sentiasa terpelihara.

Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti dan berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi menegakkan keadilan untuk semua.

Dalam memenuhi objektif di atas, Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA akan sentiasa mengemaskini dan menambah maklumat dan perkhidmatan atas talian kami bagi memastikan setiap maklumat yang dipaparkan adalah up-to-date. Sehubungan dengan itu, pandangan, cadangan serta teguran semua pihak amatlah dialu-alukan demi kebaikan kita bersama. Sekian, terima kasih.

 

Salam hormat,

‘ILMU DEMI FAEDAH INSAN’

ENCIK MOHD FUAD BIN HUSAINI

PENASIHAT UNDANG-UNDANG UniSZA


 

 

Hubungi Kami

Pejabat Penasihat Undang-Undang
(Legal Advisor's Office)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8087
  09-668 7881
  ppuu@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami