Unit Tuntutan
1. Mengurus dan menyelaras tuntutan kewangan daripada staf, pelajar atau pihak luar yang melibatkan bayaran balik, pemotongan emolumen atau tuntutan lain selaras dengan dasar universiti.
2. Memastikan semua proses tuntutan dijalankan mengikut prosedur kewangan yang sah dan berpandukan kepada pekeliling, garis panduan serta peraturan semasa yang berkuat kuasa.
3. Menyediakan dokumentasi dan maklumat sokongan yang diperlukan dalam proses pelaksanaan tuntutan serta membantu kelancaran urusan berkaitan di peringkat jabatan dan universiti.