
Bengkel Pemantapan Peraturan dan Garis Panduan Bagi Agenda Pemerkasaan Mahasiswa
Sesi Libat Urus dan Bengkel Pemantapan Peraturan dan Garis Panduan Bagi Agenda Pemerkasaan Mahasiswa telah diadakan di IDEAS Kuala Lumpur Hotel pada 30 Mac - 1 April 2024.
Sesi libat urus dan bengkel ini adalah bertujuan untuk menambahbaik garis panduan sejajar dengan pindaan Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) serta mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).