Lawatan Penanda Aras Pejabat Penasihat Undang-Undang UTHM ke Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA
Pada 9 Oktober 2024, Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras Pejabat Penasihat Undang-Undang UTHM.
Lawatan penanda aras ini adalah bertujuan untuk berkongsi idea dan pengalaman dalam hal ehwal pentadbiran dan perundangan serta pengurusan integriti di UniSZA, disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada terjalin.
Warga Pejabat Penasihat Undang-Undang UTHM juga sempat membuat lawatan ke Pejabat Naib Canselor UniSZA dan Unit Integriti UniSZA.