BENGKEL PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN POLITIK DI DALAM KAMPUS ANJURAN MAJLIS TATATERTIB DAN DISIPLIN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MATDUM)
Satu Bengkel Pembangunan Garis Panduan Politik Di Dalam Kampus anjuran MATDUM telah diadakan pada 31 Mac 2022 hingga 2 April 2022 bertempat di Hotel Mecure, Penang Beach. Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan satu garis panduan kepada semua universiti awam berkenaan penglibatan pelajar di dalam politik semasa berada di dalam kampus. Garis panduan ini adalah lanjutan daripada pindaan AUKU pada tahun 2019 yang membenarkan pelajar berpolitik.
MAJLIS SANJUNGAN BUDI AHLI LEMBAGA PENGARAH UniSZA - PROF. DATO' DR. MOHAMAD BIN ABU BAKAR
Majlis Sanjungan Budi Ahli Lembaga Pengarah UniSZA telah diadakan pada Khamis, 21 April 2022 bertempat di Bangi Resort Hotel. Majlis ini diadakan bagi meraikan YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abu Bakar yang telah tamat perkhidmatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UniSZA pada 31 Mac 2022. Majlis ini turut dihadiri oleh Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Dato' Dr. Mohamad Yusof bin Hj Mohamed Nor, Pengerusi dan ahli LPU serta ahli pengurusan tertinggi UniSZA. Seluruh warga UniSZA mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato' atas sumbangan sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan mendoakan agar beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.
More Articles ...
- MAJLIS PELANCARAN SEKRETARIAT RAKAN SISWA (SERASI) UniSZA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN (YDSM) - UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
- BENGKEL GOVERNAN HOSPITAL PENGAJAR UniSZA (HPUniSZA) 2022
- PERBINCANGAN BERKENAAN MoU DAN MoA BERSAMA FAKULTI SAINS KESIHATAN, UniSZA KAMPUS GONG BADAK
- PERBINCANGAN BERSAMA INSTITUT PENYELIDIKAN ALAM SEKITAR PANTAI TIMUR (ESERI) BERKENAAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DAN PERJANJIAN DENGAN KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)