

Majlis Sanjungan Budi Ahli Lembaga Pengarah UniSZA telah diadakan pada Khamis, 21 April 2022 bertempat di Bangi Resort Hotel. Majlis ini diadakan bagi meraikan YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamad bin Abu Bakar yang telah tamat perkhidmatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UniSZA pada 31 Mac 2022. Majlis ini turut dihadiri oleh Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Dato' Dr. Mohamad Yusof bin Hj Mohamed Nor, Pengerusi dan ahli LPU serta ahli pengurusan tertinggi UniSZA. Seluruh warga UniSZA mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato' atas sumbangan sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan mendoakan agar beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.


Satu Majlis Pelancaran Sekretariat Rakan Siswa (SERASI) UniSZA dan Majlis Berbuka Puasa YDSM-UniSZA telah diadakan di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak pada 16 April 2022 (Sabtu). Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM) disaksikan oleh YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam (Naib Canselor UniSZA).Tetamu kehormat serta hadirin yang terlibat turut menunaikan solat maghrib, isyak dan solat sunat terawih secara berjemaah di Dewan Al-Muktafi Billah Shah.Turut hadir bagi pihak YDSM ialah Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM iaitu YBhg. Dato’ Haji Azri Sani bin Dato' Mazlan, YBhg. Dato’ Dr. Abdul Rahim bin Nik dan YBrs. Tuan Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri.Bagi pihak UniSZA, majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff (Timbalan Naib Canselor HEPA), YBrs. Encik Ismail bin Musa (Pendaftar), YBrs. Encik Mohd Fuad bin Husaini (Penasihat Undang-undang), YBrs. Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman (Pengarah Kampus Besut) dan YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan).