
Majlis Apresiasi Petugas Idul Ilmi Konvokesyen Ke-16 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
7 Januari 2025, dianggarkan seramai 500 orang jemputan termasuk Pengurusan Tertinggi, rakan strategik, para petugas dan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah hadir ke Majlis Apresiasi Petugas Idul Ilmi Konvokesyen Ke-16 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang telah diadakan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak.
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA mewakili pihak Pengurusan Tertinggi UniSZA, dengan penuh rasa ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan strategik serta para petugas UniSZA atas kebersamaan, sokongan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-16 UniSZA yang telah diadakan pada 10-13 November 2024.
“Terima kasih daun keladi, budi dan komitmen kalian tetap dihargai. Insyaallah, kita akan bersua kembali di Majlis Idul Ilmi UniSZA yang akan datang”. Itulah harapan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor UniSZA melalui ucapannya. Semoga rakan strategik dan para petugas UniSZA dapat mengekalkan momentum dan kebersamaan ini bagi memastikan Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA yang akan datang dan seterusnya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih juga kepada semua jemputan yang hadir.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |