Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Penasihat Undang-Undang , Universiti Sultan Zainal Abidin
 

Pertanyaan?

09-668 8087
 

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Sesi Forum - KPT : Imbasan 2024 dan Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025

Sesi Forum - KPT : Imbasan 2024 dan Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah berlangsung pada 9 Januari 2025, Khamis, jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

Pada majlis itu, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan hala tuju 2025 dengan tujuh fokus utama iaitu (1) Penyediaan bakat terbaik negara, (2) Kewibawaan akademia dan warga kampus, (3) Pemindahan dan perkongsian ilmu, (4) Pengantarabangsaan pendidikan tinggi, (5) Governan dan kepimpinan, (6) Kemampanan kewangan IPT dan (7) Infrastruktur, digital dan kesejahteraan kampus.

Manakala 10 agenda Transformasi Pendidikan Tinggi pula adalah (1)Kaji semula kenaikan pangkat IPT, (2)Kenaikan pangkat ahli akademik di IPT, (3)Kebebasan bersuara di Universiti (Akta 605), (4)Kaji semula Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), (5)Pindaan Akta 550 bagi Politeknik dan Kolej Komuniti, (6)Mewujudkan Unit RDICE di setiap IPT, (7)Mengkaji beban kerja ahli akademik, (8)IPT di bawah Kerajaan Negeri, (9)Struktur semula Pejabat Education Malaysia (EM), (10)Pemusatan kemasukan Pelajar Antarabangsa.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd Ghadas, Bendahari, Encik Suhaili Mohd dan Penasihat Undang-undang, Encik Mohd Fuad Husaini.

Hubungi Kami

Pejabat Penasihat Undang-Undang
(Legal Advisor's Office)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

 📞 09-668 8087
 📠 09-668 7881
 📩 puu@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami