

Satu Bengkel Pembangunan Garis Panduan Politik Di Dalam Kampus anjuran MATDUM telah diadakan pada 31 Mac 2022 hingga 2 April 2022 bertempat di Hotel Mecure, Penang Beach. Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan satu garis panduan kepada semua universiti awam berkenaan penglibatan pelajar di dalam politik semasa berada di dalam kampus. Garis panduan ini adalah lanjutan daripada pindaan AUKU pada tahun 2019 yang membenarkan pelajar berpolitik.
Maklumbalas dari pihak anda akan direkodkan oleh pihak kami bagi tujuan perkhidmatan dan pemerhatian. Terima kasih atas kerjasama anda.