
PROGRAM TALK ON COMPANIES ACT 2016
Pada 22 Mei 2017, Pejabat Penasihat Undang-Undang, UniSZA telah menganjurkan satu program yang bertajuk Talk on Companies Act 2016. Program ini diadakan selama dua (2) jam yang bertempat di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran, UniSZA.
Para peserta yang disasarkan adalah 50 orang warga UniSZA yang kebiasaannya mengendalikan kontrak dengan mana-mana syarikat bagi Pusat Tanggungjawab (PTj) mereka. Bagi memastikan ketepatan maklumat yang disampaikan, pakar dalam bidang ini dari firma J. Lee & Associates telah dijemput untuk menyampaikan ceramah beliau. Beliau adalah Encik Mohamad Johan Lee Bin Abdullah.
SEMINAR PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010
Pada 12 Mac 2017, Pejabat Penasihat Undang-Undang, UniSZA telah menganjurkan satu program seminar yang bertajuk Personal Data Protection Act 2010. Seminar ini diadakan selama satu (1) hari yang bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan, UniSZA.
Para peserta yang disasarkan adalah 100 orang dimana 50 orang ialah warga UniSZA yang mengendali dan mengawal selia aktiviti pemprosesan data di jabatan masing-masing dan 50 orang lagi dari badan- badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan yang lain yang telah dijemput menghadiri seminar ini.
Bagi memastikan ketepatan maklumat yang disampaikan, dua (2) orang pakar dalam bidang ini dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah dijemput untuk menyampaikan ceramah mereka. Mereka ialah Prof. Dr. Ida Madieha binti Abdul Ghani Azmi dan Dr. Sonny Zulhuda. Kedua-duanya adalah pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.